Wednesday, October 21, 2026

Jom Buat Saringan HIV

💚 JOM BUAT SARINGAN HIV!

Menjaga kesihatan diri bermula dengan satu langkah kecil — ketahui status HIV anda. 🩺

Saringan HIV bukan untuk golongan tertentu sahaja, tetapi untuk semua, termasuk golongan muda. Jangan tunggu sehingga bergejala untuk mengambil berat tentang kesihatan diri.

✨ Ketahui status anda.
✨ Dapatkan rawatan awal jika diperlukan.
✨ Bersama kita hentikan stigma.

📍 Lokasi: Sentul, Kuala Lumpur
📞 Hubungi: 011 1146 4704

Kesihatan anda, tanggungjawab anda. Jom buat saringan! ❤️

#JomBuatSaringan #SaringanHIV #KesihatanBelia #HentikanStigma #KesedaranHIV #HIVAwareness

Saringan HIV

 

Tuesday, October 20, 2026

Tahap-tahap HIV

TAHAP-TAHAP HIV

TAHAP 1 Jangkitan HIV Akut 2–4 minggu selepas jangkitan

Gejala: Demam Ruam Sakit tekak Gejala seperti selsema

TAHAP 2 Fasa Laten Klinikal (HIV Kronik) Virus masih ada, tetapi kurang aktif. Mungkin tiada gejala selama bertahun-tahun Pemantauan berkala amat penting

TAHAP 3 AIDS (Tahap Lanjutan) Sistem imun sangat lemah. Jangkitan kerap berlaku Penurunan berat badan Rawatan perubatan segera diperlukan  


tahap HIV

Monday, October 19, 2026

Apa itu HIV?

Apa itu HIV?

HIV ialah virus yang menyerang sistem imun badan. Tanpa rawatan, HIV boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan AIDS. Rawatan antiretroviral (ART) membantu seseorang dengan HIV hidup sihat.

HIV boleh dirawat.

Pengesanan awal dan rawatan yang konsisten membantu melindungi kesihatan.

Tiada stigma, tiada penghakiman.

Dapatkan maklumat dan sokongan kesihatan dengan hormat.

Apa itu HIV

Bagaimana Saringan HIV dilakukan

Bagaimana saringan HIV dilakukan?

Langkah 1: Buat tempahan

Hubungi petugas komuniti untuk bertanya tentang tarikh, masa dan lokasi.

Langkah 2: Jalani saringan

Petugas menerangkan proses saringan dan mendapatkan persetujuan anda. Kaedah saringan bergantung pada perkhidmatan yang tersedia.

Langkah 3: Ketahui keputusan dan langkah seterusnya

Anda akan diberikan penerangan tentang keputusan. Keputusan saringan reaktif memerlukan ujian pengesahan mengikut garis panduan klinikal.

Test HIV


HIV vs AIDS

Apa bezanya HIV dan AIDS?


Pernah korang dengar orang slalu cakap camni :

"Eh ko sini main sana main nanti kena AIDS...."

sebenarnya...statement camni tak betul... sebab sesorang orang tu tak leh terus kena AIDS... beza yer HIV ngan AIDS... HIV itu Virus, virus yg serang imun sistem badan kita, manakala AIDS ialah tahap penyakit yg disebabkan imun sistem kita jadi sgat lemah sampai kita diserang macam-macam penyakit.

HIV dan AIDS sama berkait tetapi bukan perkara yg sama.

#noStigma  

 

HIV vs AIDS

Friday, October 16, 2026

Jangkitan HIV Ujian, Rawatan dan Harapan


Jangkitan HIV 2025: Ujian, Rawatan & Harapan | Dr Nurul Aida Salleh



Asas HIV untuk rakyat Malaysia: ujian, simptom, rawatan HAART, prinsip U=U, pengurusan kesan sampingan & penjagaan diri. Bersama Dr Nurul Aida Salleh, Pakar Perubatan Keluarga. #HIV2025

📌 TENTANG VIDEO INI
 “Pengenalan HIV: Panduan Malaysia” ialah ceramah pendidikan praktikal dan mudah difahami oleh Dr. Nurul Aida Salleh, Pakar Perubatan Keluarga dan bekas Ketua Unit HIV/STI di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL). Rakaman ini dijayakan melalui inisiatif komuniti oleh PT Foundation TV, bertujuan membantu klien yang baru disahkan HIV untuk memahami langkah seterusnya selepas diagnosis, dalam bahasa yang jelas, bebas stigma dan sesuai konteks Malaysia.

🎯 SIAPA YANG SESUAI MENONTON VIDEO INI?
• Individu yang baru disahkan HIV (PLHIV)
• Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Kaunselor ID & Jururawat Unit HIV
• Penunjuk Arah Rakan Sebaya & Pekerja Kesihatan Komuniti (CHW)
• Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat asas HIV yang tepat dan boleh dipercayai di Malaysia

🩺 APA YANG ANDA AKAN PELAJARI
 ✔ Apa itu HIV, simptom & cara jangkitan berlaku
✔ Perkhidmatan ujian HIV yang tersedia di Malaysia
✔ Apa berlaku selepas diagnosis – rawatan & sokongan yang ada
✔ Bagaimana HAART berfungsi dan cara menguruskan kesan sampingan
✔ Prinsip U=U: Tak Dapat Dikesan = Tak Boleh Menjangkit
✔ Tip umum tentang kesihatan, gaya hidup sihat & kepatuhan kepada rawatan

🚀 KENAPA VIDEO INI PENTING
• Ujian HIV & rawatan asas HAART kini PERCUMA untuk warganegara Malaysia di semua klinik kerajaan
• Rawatan awal boleh menjamin kualiti hidup jangka panjang dan menyokong konsep rawatan sebagai pencegahan (U=U)
• Video ini menyokong sasaran 95-95-95-90-0 bagi penamatan AIDS di Malaysia menjelang tahun 2030
• Dihasilkan dengan kasih sayang, integriti dan pengalaman klinikal selama 33 tahun

📖 PENGIKTIRAFAN KANDUNGAN & NOTIS FAIR-USE
Video ini mungkin mengandungi slaid dan infografik daripada domain awam. Ia dikongsi mengikut prinsip Fair Use dan Creative Commons untuk pendidikan kesihatan awam tanpa keuntungan. Untuk permintaan kredit atau penarikan semula visual tertentu, sila hubungi PT Foundation.

⚠️ PENAFIAN PERUBATAN
Video ini hanya untuk kesedaran umum. Sentiasa rujuk penyedia penjagaan kesihatan yang bertauliah untuk nasihat atau diagnosis perubatan peribadi.


 


 

Jom Buat Saringan HIV

💚 JOM BUAT SARINGAN HIV! Menjaga kesihatan diri bermula dengan satu langkah kecil — ketahui status HIV anda. 🩺 Saringan HIV bukan untuk g...